Rabu, 12 November 2014

Langkah Pertama Adalah Segalanya

Bismillahirrahmanirrahim..
Sudah lama terniat dihati untuk memulakan sebuah blog tentang coretan apa sahaja yang terfikir dan terlintas di hati. Sekurang-kurangnya suatu hari nanti, aku sendiri akan baca penulisan dan luahan. Sebelum ini bukan tidak pernah buat blog. Aku ada blog bisnes (masih ada dan aktif walaupun tak rajin update entry) ada juga blog masa pindah rumah (dah tak ingat password) dan blog tentang kami di LEGOLAND (pun tak ingat password).

Kalau ada yang terjumpa blog ini bolehla baca apa yang aku catat. Tak kisahlah. Memang malu. Tetapi apa salahnya. Tak terdetik untuk jadi blogger terkenal tapi saja nak menaip apa yang aku suka dan memuatnaik apa yang aku mahu kongsi dan juga sebagai peringatan untuk diri aku dan anak-anak cucu dikemudian hari. Insya Allah.

Selepas balik dari satu seminar motivasi yang dikendalikan oleh kenalan zaman sekolah, aku tiba-tiba mahu punya blog yang boleh aku catat atau kongsi apa sahaja. Tak ada tema tak ada konsep. Bebas. Tetpai yang penting jauh dari maksiat dan fitnah. Berkobar-kobar. Apatah Allah sentiasa menganugerahkan aku buah fikiran untuk terus improve dalam hidup. Tak mahu duk statik buat benda yang sama bertahun-tahun (rutin yang sama). Aku nak maju ke hadapan. Aku nak asset yang boleh memberi manfaat dunia akhirat (nanti akan entri tentang asset impian) malah mahu kembangkan perniagaan dan buka perniagaan baru (banyaknya impian!).

Tidak salah untuk berangan dan bermimpi. Cuma janganlah berangan ala-ala Mat Jenin yang hanya duduk goyang kaki. Semuanya mesti disertai dengan doa, usaha dan tawakkal. Kena berani tunaikan impian. Ada proses yang perlu kita lalui. Bukan senang untuk berjaya. Malah aku sangat-sangat bersyukur dengan apa yang akun kecapi hari ini (kerja tetap, ada rumah, ada kereta, ada keluarga).

Namun semuanya perlu dimulakan dengan langkah pertama. Ya, langkah pertama.

Tempat berangan yang ekslusif.(BIla agaknya boleh sampai...)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan