Khamis, 20 November 2014

Cuti Sekolah Penggal Akhir 2014 Bermula

Kringgg..bunyi loceng 20 November 2014..tamat sudah persekolahan anak2 terutama bagi negeri Johor, Terengganu dan Kelantan. 44 hari mereka akan bercuti dari datang ke sekolah..(macam tempoh pantang bersalin pula)
Bagi ibubapa pastinya telah merancang beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan usia anak-anak. Sekarang terdapat pelbagai kem untuk pengisian rohani dan jasmani anak-anak.Pelbagai info dari grup2 whatsapp( mesti semua ada lebih dr satu grup kan..). Jumlah bayaran pun berpatutan.Jadi terpulang pada pengisian dan budget yang ibubapa mahukan..
Bagi anak-anak saya, saya telah pun merancang percutian keluarga ke Melaka. 2 hari 1 malam sahaja. Namun istimewanya percutian ini bakal disertai Atuk, Mak Tok serta ibu dan bapa saudara serta sepupu-sepupu mereka yang berusia 10 hingga 1 tahun. Pasti meriah sebab inilah julung kali kami bakal bercuti bersama.
Percutian ini telah saya janjikan sekiranya mereka cemerlang dalam peperiksaan. Alhamdulillah keputusan mereka cemerlang meskipun tidaklah menerima anugerah dan hadiah di peringkat sekolah. Kami berharap agar kecemerlangan mereka diteruskan sampai bila-bila. Amin..
Bagi pengisian rohani saya bercadang untuk menghantar si abang yang berusia 9 tahun ke kem motivasi " I'm a Successfull Student " yang dianjurkan oleh teman sekolah saya. Kem yang bakal dibuat 2 hari dan tidak jauh dari kawasan rumah (tidak perlu bermalam) adalah sebagai pengenalan buat beliau. Harapan agar dia rasa seronok dan gembira dengan ilmu dan kawan-kawan baru.
Kami juga memberi peluang pada anak-anak bermain dengan games di handphone lama kami. Namun pemberian ini bersyarat. Tidak boleh 24jam dengan gajet ini. Hanya sesekali sahaja dan tidak boleh taksub hingga mengabaikan orang di sekeliling. Kami lebih gembira jika anak-anak bermain dengan permainan seperti blok, lego, puzzle, saidina, dam, chess, pondok-pondok kerana itu lebih membina dan menyeronokkan. Itu sahaja catatan untuk kali ini..
Antara kem dan progam sempena cuti sekolah di Johor.

Khamis, 13 November 2014

Teknologi Di Hujung Jari

Kali ini catatan ditulis dari telefon bimbit selepas muat turun application Blogger dr Google Play Store. Jadi ini merupakan percubaan pertama mencatat dari telefon bimbit.
Hari ini tugasan di pejabat agak mencabar. Namun Alhamdulillah berjaya siapkan semuanya tepat pada masa. Kebetulan hari ini hari Khamis dan selepas waktu pejabat nanti ambil barang dari supplier. Walaupun tempahan tak banyak..namun masih ada lagi. Syukur Alhamdulillah..Semenjak dua menjak ini masa agak terbatas. Kena kursus luar daerah hampir sebulan. Kadang ada jugak mood malas nak buka facebook2.Patutnya buatlah sharing gambar ke..cuma bila dah buat sebelum ini tak ada yang respon jadi mood pun menurun.
Cuma untuk pemasaran barangan yang kami jual aku gunakan medium media sosial yang sedia ada dan percuma. Ada 2 akaun Facebook, 1 FB Pages, Instagram, Twitter (tapi tak aktif lansung), terbaru Carousell dan sudah semestinya wajib dan perlu bagi penjual onlie ialah sebuah blog. Semuanya penting dan membantu. Kot-kot orang terjumpa masa tengah cari kat Aunty Yahoo atau Uncle Google, bolehlah appear bisnes kecil kami ni. Diam tak diam dah hampir 5 tahun kami meniaga kecil-kecilan ni. Memang ada hasrat nak buka kedai atau mempunyai showroom. Namun manalah ada modal. Tetapi tanpa diduga ada satu tawaran diberi oleh supplier. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Cuma tawaran tu perlu diteliti dan dibincangkan lagi. Berkat doa Layar Empayar Damishqi agaknya tiba-tiba dia buka mulut cerita tentang rancangannya. Projek apa ya? Kalau berjaya barulah boleh cerita. Buat masa ni aku berharap kami boleh bekerjasama dengan tawaran tadi tu. Kalau berjaya dan meletup, maunya berhenti kerja agaknya. Heh..heh..Boleh tumpu perhatian pada keluarga dan perniagaan. Seperti sekarang adakala haru biru gak nak handle 3 perkara dalam satu masa. Kerja, keluarga dan perniagaan (walaupun kecil) perlukan komitmen. Banyak pula idea nak menaip. Harapan agar impian LED (ringkas jelah) tercapai. Amiin..

Rabu, 12 November 2014

Kenapa 'Layar Empayar Damishqi'??

'Layar Empayar Damishqi' Hmm..satu tajuk blog yang tiba-tiba terlintas ketika idea untuk membuat satu blog peribadi. Ilham datang dari Allah Yang Esa apabila aku mahukan sebuah tajuk yang memberi inspirasi agar sayap perniagaan Damishqi, jenama yang aku reka dari nama anak-anak tersayang ini bertambah maju dan bergerak ke hadapan. Ala-ala " Luaskan Kuasamu" tagline pasukan bolasepak JDT (negeri tercinta, tanah tumpah darah). Aku berharap nama ini membawa doa dan tuah untuk kami dan pelayaran kami dalam kehidupan akan berjaya dunia akhirat.
Secara ringkasnya, pelayaran yang aku lalui secara peribadi dengan umur yang menjangkau hampir 40an dan usia perkahwinan yang hampir memasuki 13 tahun, bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran dan halangan yang telah ditempuhi. Antara yang paling menguji adalah apabila kehilangan anak pertama kami yang mempunyai komplikasi jantung berlubang dan meninggal di usia hampir 7 bulan dan pengalaman menjadi mangsa fitnah yang berlaku di pejabat. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa perit dan siksa untuk menempuh saat-saat sukar. Namun alhamdulillah, dua ujian itu telah berlalu dengan penuh hikmah. Allah memberi kami sepasang zuriat yang sempurna. Di saat diuji dengan fitnah tadi Allah memberi aku peluang perniagaan jam deko (wall clock), sesuatu yang tidak pernah aku duga. Penawar yang Alah beri di sebalik dua ujian terhebat ini membuat aku sangat-sangat bersyukur. Yakinlah, setiap ujian atau musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas berlalu, kita akan rasa kemanisannya. So, chilled and relax. Jangan putus harapan dan mengalah dengan mudah. Satu hari nanti matahari pasti akan bersinar kembali..
Bercakap tentang matahari, lirik lagu Matahari nyanyian Hafiz AF7 memberi makna yang mendalam jika dihayati. Bukanlah memuja atau mengharap matahari yang juga hamba Allah, namun matahari ini disimbolkan sebagai petunjuk atau cahaya dalam kehidupan. Jadi, layarkan hidup anda dan berdoa agar 'matahari' muncul dalam kehidupan anda juga. Jom hayati :

Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu
Pemandangan matahari yang indah ini boleh diabadikan di dinding rumah anda.
(custom wallpaper mural-antara khidmat deko yang kami tawarkan).


Langkah Pertama Adalah Segalanya

Bismillahirrahmanirrahim..
Sudah lama terniat dihati untuk memulakan sebuah blog tentang coretan apa sahaja yang terfikir dan terlintas di hati. Sekurang-kurangnya suatu hari nanti, aku sendiri akan baca penulisan dan luahan. Sebelum ini bukan tidak pernah buat blog. Aku ada blog bisnes (masih ada dan aktif walaupun tak rajin update entry) ada juga blog masa pindah rumah (dah tak ingat password) dan blog tentang kami di LEGOLAND (pun tak ingat password).

Kalau ada yang terjumpa blog ini bolehla baca apa yang aku catat. Tak kisahlah. Memang malu. Tetapi apa salahnya. Tak terdetik untuk jadi blogger terkenal tapi saja nak menaip apa yang aku suka dan memuatnaik apa yang aku mahu kongsi dan juga sebagai peringatan untuk diri aku dan anak-anak cucu dikemudian hari. Insya Allah.

Selepas balik dari satu seminar motivasi yang dikendalikan oleh kenalan zaman sekolah, aku tiba-tiba mahu punya blog yang boleh aku catat atau kongsi apa sahaja. Tak ada tema tak ada konsep. Bebas. Tetpai yang penting jauh dari maksiat dan fitnah. Berkobar-kobar. Apatah Allah sentiasa menganugerahkan aku buah fikiran untuk terus improve dalam hidup. Tak mahu duk statik buat benda yang sama bertahun-tahun (rutin yang sama). Aku nak maju ke hadapan. Aku nak asset yang boleh memberi manfaat dunia akhirat (nanti akan entri tentang asset impian) malah mahu kembangkan perniagaan dan buka perniagaan baru (banyaknya impian!).

Tidak salah untuk berangan dan bermimpi. Cuma janganlah berangan ala-ala Mat Jenin yang hanya duduk goyang kaki. Semuanya mesti disertai dengan doa, usaha dan tawakkal. Kena berani tunaikan impian. Ada proses yang perlu kita lalui. Bukan senang untuk berjaya. Malah aku sangat-sangat bersyukur dengan apa yang akun kecapi hari ini (kerja tetap, ada rumah, ada kereta, ada keluarga).

Namun semuanya perlu dimulakan dengan langkah pertama. Ya, langkah pertama.

Tempat berangan yang ekslusif.(BIla agaknya boleh sampai...)