Rabu, 12 November 2014

Kenapa 'Layar Empayar Damishqi'??

'Layar Empayar Damishqi' Hmm..satu tajuk blog yang tiba-tiba terlintas ketika idea untuk membuat satu blog peribadi. Ilham datang dari Allah Yang Esa apabila aku mahukan sebuah tajuk yang memberi inspirasi agar sayap perniagaan Damishqi, jenama yang aku reka dari nama anak-anak tersayang ini bertambah maju dan bergerak ke hadapan. Ala-ala " Luaskan Kuasamu" tagline pasukan bolasepak JDT (negeri tercinta, tanah tumpah darah). Aku berharap nama ini membawa doa dan tuah untuk kami dan pelayaran kami dalam kehidupan akan berjaya dunia akhirat.
Secara ringkasnya, pelayaran yang aku lalui secara peribadi dengan umur yang menjangkau hampir 40an dan usia perkahwinan yang hampir memasuki 13 tahun, bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran dan halangan yang telah ditempuhi. Antara yang paling menguji adalah apabila kehilangan anak pertama kami yang mempunyai komplikasi jantung berlubang dan meninggal di usia hampir 7 bulan dan pengalaman menjadi mangsa fitnah yang berlaku di pejabat. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa perit dan siksa untuk menempuh saat-saat sukar. Namun alhamdulillah, dua ujian itu telah berlalu dengan penuh hikmah. Allah memberi kami sepasang zuriat yang sempurna. Di saat diuji dengan fitnah tadi Allah memberi aku peluang perniagaan jam deko (wall clock), sesuatu yang tidak pernah aku duga. Penawar yang Alah beri di sebalik dua ujian terhebat ini membuat aku sangat-sangat bersyukur. Yakinlah, setiap ujian atau musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas berlalu, kita akan rasa kemanisannya. So, chilled and relax. Jangan putus harapan dan mengalah dengan mudah. Satu hari nanti matahari pasti akan bersinar kembali..
Bercakap tentang matahari, lirik lagu Matahari nyanyian Hafiz AF7 memberi makna yang mendalam jika dihayati. Bukanlah memuja atau mengharap matahari yang juga hamba Allah, namun matahari ini disimbolkan sebagai petunjuk atau cahaya dalam kehidupan. Jadi, layarkan hidup anda dan berdoa agar 'matahari' muncul dalam kehidupan anda juga. Jom hayati :

Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu
Pemandangan matahari yang indah ini boleh diabadikan di dinding rumah anda.
(custom wallpaper mural-antara khidmat deko yang kami tawarkan).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan